Wednesday, March 19, 2014

pengalaman sebagai pelajar asrama harapan baru saab pitas.

saya dari kampung yang jauh dari pekan pitas ,dimana pada waktu itu pitas masih lagi bagi saya adalah daerah yang agak serbah kekurangan dari segi pembangunan . saya bersekolah di tempat saya di sekolah kebangsaan kanibongan yang telah terbina pada tahun 1988 dan begitu jauh dari pekan pitas. merada laluan jalan balak yang berlumpur untuk sampai ke pekan pitas, itula zaman saya dan zaman sekolah saya .

pada tahun 1996 saya telah habis darja 6 upsr dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menangah yang begitu jauh dari kampung  dan kelurga saya, kerana ingin belajar dan menghabiskan zaman sekolah sampai ke tnggkatan 5 keluarga saya sanggup hantar saya belajar di smk pitas walau pun ia sangat jauh dan perlukan perbelanjaan untuk naik kerata menuju pekan pitas. seorang yang dari jauh saya perlu mencari tempat tinggal untuk bersekolah  di smk pitas namun pada mulanya  nasib saya begitu baik kerana saya tidak perlu mencari tempat tinggal dan saya telah diterima masuk asrama kerajaan /asrama penuh smk pitas .

 pada penghujung 1997 akhir semister tinggkatan 1, saya telah disingkirkan dari asrama kerajaan kerana saya telah gagal mencapai had keradit 45% dan saya hanya mencapai 43% dua angka dari peratus lulus dan layak tinggal di asrama kerajaan smk pitas. tersingkir nya saya dari asrama smk pitas , saya mula risau dan di mana saya harus tinggal untuk menghabiskan persekolahan saya,  namun Tuhan begitu baik dan saya telah tinggal di asrama geraja PCS tembilidon walau pun begitu jauh sedikit dari smk pitas tapi hasrat untuk bersekolah tidak mematakan keinginan untuk terus sekolah dan saya telah menghabiskan tingkatan 2 tinggal di asrama PCS tembilidon. 

pada hari bermulanya persekolahan untuk tingkatan 3 saya tidak tinggal lagi di asrama PCS tembilidon , saya punya seorang ahli keluarga yang berkerja di pejabat kerajan daerah pitas, dia telah memperlawa saya untuk tinggal dengan mereka supaya saya lebih tertumpu belajar dan berdisiplin soal masa belajar dan puji tuhan keputusan peperikasan saya begitu memberansangkan dengan cara disiplin belajar itu. namun saya tidak lama tinggal dengan mereka kerana asrama harapan baru sudah siap dan mula mengambil pelajar untuk tinggal di sana bagi mereka yang kurang berpeluang untuk tinggal di asrama kerajaan smk pitas .

asrama harapan barau saab pitas

pengalaman saya tinggal di asrama harapan baru bermula disi setalah saya tinggal sebagai pelajar yang pertama tinggal di asrama ini. permulan sebagai pelajar yang tinggal di asrama harapan baru ini bukannya senang dari segi keperluan harian kerna asrama ini baru dimulakan dan setiap pelajar yang tinggal di sini mereka harus belajar memasak nasi ,lauk dan sebaginya untuk dimakan . bukan senanga bagi saya kerana kebiasaan bagi kita semua keluarga kita yang masak untuk kita bila kita bersama dengan keluarga kita . untuk permulaan langsung tidak ada pengalaman untuk memasak namun kerana kita harus makan, harus belajar perkera baru dalam hidup kita yang tidak perna kita buat sebelumnya.

Saya bersyukur kepada tuhan keran walau pun saya ini bukanya seorang pelajar yang agak bijak pandai dan begitu susah apa yang telah saya lalaui semasa bergalar pelajar tapi saya masih berpeluang untuk menghabiskan sekolah menangah saya di smk pitas dengan tinggal di asrama harapan baru yang telah dibina oleh geraja pelita cahaya sabah untuk memberi peluang kepada anak-anak dari pedalaman pitas untuk dapat bersekolah di peringkat menangah dan mencarakan peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi .

Selama saya tinggal di asrama harapan baru bukan saja saya berpeluang untuk belajar soal di sekolah tetapi aspik rohani juga saya dapat belajar disini yang telah di ajar setiap malam di asrama ini oleh warden pertama yang sangat menakankan disiplin dan peraturan asrama ia itu ANTI ARNI AWASANG . saya juga makin dekat dengan Tuhan  dan mula merasakan kehadiranya dalam hidup dan segala apa yang terjadi saya ambil positif dan mensyukurinya keran saya percaya Tuhan tidak perna tinggalkan kita,Dia maha mengatahui dan dia maha melihat .

Pelajar- pelajar disini datanganya dari berlainan bangsa ada bagsa rungus,tombonuo,kimaragang, sonsogon dan cina juga. Walau pun berlainan bangsa tapi kami amat enjoy dan mula memperlajari basaha mereka seperti saya , saya boleh bercakap sedikit bahasa tobonuo,kimaragan dan faham apa mereka cakap.

Tinggal di asarama ini juga saya berpeluang untuk melaihat orang-orang yang jauh dari negeri sabah seperti orang putih , Korean dan cina. Bukan dengan itu saja tapi saya juga dapat melihat kebikan yang mereka curakan kepada kami ,membantu asrama ini dari segi keperluan dorongan kepada pelajar , jadi saya amat kagum dengan mereka kerana mereka begitu baik dan saya ucapkan terima kasih kepada meraka  semua dan tuhan memberkati.

Pada tahun 2000 saya dilantik sebagi tibalan kesukanan di asrama ini dan disini lah saya pertama kali mendapat tugas yang pertama sebagai OP atau ajk pelajar asrama. Saya juga sebahagian daripada pelajar-pelajar yang keras kepala dan nakal yang selalu dimarahi oleh warden seperti ungkapan yang terkanal buat pelajar –pelajar di sana “ikau no bo hermon inpro pero po om mongining kogi “ini la kata kata yang tidak perna saya lupa dari ANTI ARNI AWASANG . terima kasih anti arni kerana mendisipilin kan saya .

Terlalu banyak pengalan yang indah dan pahit di asrama ini sehinggakan saya tidak sampai hati untuk meninggalkan asrama ini walau pun saya suda habis tingkatan 5 di smk pitas , asarama ini begitu banyak membantu  , mendorong  , mendiwasakan saya . saya juga berterima kasih kepada pastor peridol kerana dia begitu penyeyang dan baik hati dengan saya semasa tinggal di asrama ini sempai saya melanjutkan pelajaran di kota kinabalu sampi sekarang .setinggi terima kasih juga kepada warden pertama ANTI ARNI AWASANG dan BOS WARDEN JUNSIM RUMINZING yang telah menjaga kami semasa bergalar pelajar asrama harapan baru saab pitas jasa mu dikenang dan Tuhan memberkati  kalian.



-Saya harap satu hari nanti saya juga dapat membantu asrama ini. 

No comments:

Post a Comment