THE WARDEN HISTORY
Thursday, March 20, 2014
Wednesday, March 19, 2014
pengalaman sebagai pelajar asrama harapan baru saab pitas.
saya dari kampung yang jauh dari pekan
pitas ,dimana pada waktu itu pitas masih lagi bagi saya adalah daerah yang agak
serbah kekurangan dari segi pembangunan . saya bersekolah di tempat saya di
sekolah kebangsaan kanibongan yang telah terbina pada tahun 1988 dan begitu
jauh dari pekan pitas. merada laluan jalan balak yang berlumpur untuk sampai ke
pekan pitas, itula zaman saya dan zaman sekolah saya .
pada tahun 1996 saya telah habis darja 6
upsr dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menangah yang begitu jauh dari
kampung dan kelurga saya, kerana ingin belajar dan menghabiskan zaman
sekolah sampai ke tnggkatan 5 keluarga saya sanggup hantar saya belajar di smk
pitas walau pun ia sangat jauh dan perlukan perbelanjaan untuk naik kerata
menuju pekan pitas. seorang yang dari jauh saya perlu mencari tempat tinggal
untuk bersekolah di smk pitas namun pada mulanya nasib saya begitu
baik kerana saya tidak perlu mencari tempat tinggal dan saya telah diterima
masuk asrama kerajaan /asrama penuh smk pitas .
pada penghujung 1997 akhir semister
tinggkatan 1, saya telah disingkirkan dari asrama kerajaan kerana saya telah
gagal mencapai had keradit 45% dan saya hanya mencapai 43% dua angka dari
peratus lulus dan layak tinggal di asrama kerajaan smk pitas. tersingkir nya
saya dari asrama smk pitas , saya mula risau dan di mana saya harus tinggal
untuk menghabiskan persekolahan saya, namun Tuhan begitu baik dan saya
telah tinggal di asrama geraja PCS tembilidon walau pun begitu jauh sedikit
dari smk pitas tapi hasrat untuk bersekolah tidak mematakan keinginan untuk
terus sekolah dan saya telah menghabiskan tingkatan 2 tinggal di asrama PCS
tembilidon.
pada hari bermulanya persekolahan untuk
tingkatan 3 saya tidak tinggal lagi di asrama PCS tembilidon , saya punya seorang
ahli keluarga yang berkerja di pejabat kerajan daerah pitas, dia telah
memperlawa saya untuk tinggal dengan mereka supaya saya lebih tertumpu belajar
dan berdisiplin soal masa belajar dan puji tuhan keputusan peperikasan saya
begitu memberansangkan dengan cara disiplin belajar itu. namun saya tidak lama
tinggal dengan mereka kerana asrama harapan baru sudah siap dan mula mengambil
pelajar untuk tinggal di sana bagi mereka yang kurang berpeluang untuk tinggal
di asrama kerajaan smk pitas .
asrama harapan barau saab pitas
pengalaman saya tinggal di asrama harapan
baru bermula disi setalah saya tinggal sebagai pelajar yang pertama tinggal di
asrama ini. permulan sebagai pelajar yang tinggal di asrama harapan baru ini
bukannya senang dari segi keperluan harian kerna asrama ini baru dimulakan dan
setiap pelajar yang tinggal di sini mereka harus belajar memasak nasi ,lauk dan
sebaginya untuk dimakan . bukan senanga bagi saya kerana kebiasaan bagi kita
semua keluarga kita yang masak untuk kita bila kita bersama dengan keluarga
kita . untuk permulaan langsung tidak ada pengalaman untuk memasak namun kerana
kita harus makan, harus belajar perkera baru dalam hidup kita yang tidak perna
kita buat sebelumnya.
Saya bersyukur kepada tuhan keran walau pun saya ini bukanya
seorang pelajar yang agak bijak pandai dan begitu susah apa yang telah saya
lalaui semasa bergalar pelajar tapi saya masih berpeluang untuk menghabiskan
sekolah menangah saya di smk pitas dengan tinggal di asrama harapan baru yang
telah dibina oleh geraja pelita cahaya sabah untuk memberi peluang kepada
anak-anak dari pedalaman pitas untuk dapat bersekolah di peringkat menangah dan
mencarakan peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi .
Selama saya tinggal di asrama harapan baru bukan saja saya
berpeluang untuk belajar soal di sekolah tetapi aspik rohani juga saya dapat
belajar disini yang telah di ajar setiap malam di asrama ini oleh warden
pertama yang sangat menakankan disiplin dan peraturan asrama ia itu ANTI ARNI
AWASANG . saya juga makin dekat dengan Tuhan
dan mula merasakan kehadiranya dalam hidup dan segala apa yang terjadi saya
ambil positif dan mensyukurinya keran saya percaya Tuhan tidak perna tinggalkan
kita,Dia maha mengatahui dan dia maha melihat .
Pelajar- pelajar disini datanganya dari berlainan bangsa ada bagsa
rungus,tombonuo,kimaragang, sonsogon dan cina juga. Walau pun berlainan bangsa
tapi kami amat enjoy dan mula memperlajari basaha mereka seperti saya , saya
boleh bercakap sedikit bahasa tobonuo,kimaragan dan faham apa mereka cakap.
Tinggal di asarama ini juga saya berpeluang untuk melaihat
orang-orang yang jauh dari negeri sabah seperti orang putih , Korean dan cina. Bukan
dengan itu saja tapi saya juga dapat melihat kebikan yang mereka curakan kepada
kami ,membantu asrama ini dari segi keperluan dorongan kepada pelajar , jadi
saya amat kagum dengan mereka kerana mereka begitu baik dan saya ucapkan terima
kasih kepada meraka semua dan tuhan
memberkati.
Pada tahun 2000 saya dilantik sebagi tibalan kesukanan di asrama
ini dan disini lah saya pertama kali mendapat tugas yang pertama sebagai OP
atau ajk pelajar asrama. Saya juga sebahagian daripada pelajar-pelajar yang
keras kepala dan nakal yang selalu dimarahi oleh warden seperti ungkapan yang
terkanal buat pelajar –pelajar di sana “ikau no bo hermon inpro pero po om
mongining kogi “ini la kata kata yang tidak perna saya lupa dari ANTI ARNI
AWASANG . terima kasih anti arni kerana mendisipilin kan saya .
Terlalu banyak pengalan yang indah dan pahit di asrama ini
sehinggakan saya tidak sampai hati untuk meninggalkan asrama ini walau pun saya
suda habis tingkatan 5 di smk pitas , asarama ini begitu banyak membantu , mendorong , mendiwasakan saya . saya juga berterima
kasih kepada pastor peridol kerana dia begitu penyeyang dan baik hati dengan
saya semasa tinggal di asrama ini sempai saya melanjutkan pelajaran di kota
kinabalu sampi sekarang .setinggi terima kasih juga kepada warden pertama ANTI
ARNI AWASANG dan BOS WARDEN JUNSIM RUMINZING yang telah menjaga kami semasa
bergalar pelajar asrama harapan baru saab pitas jasa mu dikenang dan Tuhan
memberkati kalian.
-Saya harap satu hari nanti saya juga dapat membantu asrama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


